Saturday 5 January 2013

♥ ANUGERAH CINTA ♥

Bayangkan anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi,anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan..

Percaya atau tidak,anda memerlukan seminit untuk tertarik kpd seseorang,sejam utk menyukai seseorang,sehari untuk mencintai seseorang,tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan orang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dgn seseorang yg tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yg sehati sejiwa dgn kita. Justeru,apabila kita bertemu dengan orang yg tepat,kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan,kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai sidia.

Hal yang menyedihkan dlm hidup adalah ketika bertemu seseorg yg sangat bererti bagi kita,namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup,yang lain terbuka.

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang baik adalah individu yag sentiasa ada disisi,berasa seronok ketika bersama,dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjaminkan bahawa mereka akan mencintai anda.

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan,tunggu lah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya.tetapi jika tidak,pastikan dia tumbuh di dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa anda masih punya harapan. Jangan pernah berkata bahawa anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yg masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kpd mereka yang masih percaya walaupun sering dikhianati. cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai<walaupun berulang kali disakiti dan kpd mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan utk membina kembali kepercayaan.

semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan,cukup dugaan utk membuat anda kuat,cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yg tabah dan cukup harapan utk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkaN posisi pada diri org lain. Jika anda berasa itu menyakitkan,mungkin ia akan menyakitkan org lain.

Cinta bermula dgn senyuman,tumbuh dgn kemesraan,dan berakhir dgn airmata. masa depan yg cerah berdasarkan pada masa lalu yg dilupakan,anda tidak dpt melangkah dengan baik dlm kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan sakit hati.

Ketika lahir,anda menangis dan semua org disekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu,justeru ketika anda meninggal dunia,anda satu-satunya yg tersenyum dan semua orang disekeliling menangis. HARGAI ANUGERAH CINTA..

1 comment: